mE, MyselF n' I

mE, MyselF n' I
"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

Sunday, January 23, 2011

2DAY IS MY DAY....

MY 31ST YEAR

Wednesday, June 16, 2010

Otway ke KL.. bercuti.... 15 May 2010

Ni sebenarnya trip bercuti ke KL bwk anak2.... plannya ke Aquaria, Pusat Sains n Zoo Negara..






Santai di pantai Sepat 13 May 2010

Xtvt petang 13 May 2010... Sambil tlg tolak boat Abg Long n adik g ke laut ptg tu.... bwk bebudak tu main pantai....

Tuesday, January 5, 2010

Salam Tahun Baru 2010

Assalamualaikum..
Walaupun tahun baru dah 5 ari lepas, aku masih menganggap setiap hari adalah hari baru, tahun baru.. sbb ada je bnda bru yg aku kena blajar..... tetap dengan azam baru.....(update azam thun lepas yg x setel lg)....
Tahniah untuk Kak Mah n Abg Zul... sebab menerima kehadiran putera yg comel pd 26 Dis 2009..... setelah 13 tahun penantian........akhirnya..... Semua bersyukur esp..... Long memang hepi gile sbb doanya dah makbul.. alhamdulillah... Tinggal Cdah lg tggu masa....... x lama dah.. ikut2 due 10 Jan 2010... Boleh le kita buat bestday sama......
Aku..... belum tambah lg.. insyaallah.... bila? x tau lg... tahun ni aku hantar Amir g tadika.. so far.. alhamdulillah.. x byk kerenah......
Adik tinggal kat Sepat.... ngan my mom.... sian tok n to'ki...... adik jgn nakal sgt....
K.......... jmpa lg lah.... nnt nak attach gmbar masak-memsk.... klu rajin le..... resepi? cari sendiri

Tuesday, December 8, 2009

HOLIDAY

Salam....
Maser utk bercuti.. spend utk anak2... memanjang je bz... nak buat camna.. dah jadi tanggungjawab........ kerja tu satu amanah.... sebab berbayar...
Bebudak tengah cuti sem.. bahan utk sem depan dah prepare dah.. yg x abis update lagi fail master..... Dec ni mmg bulan untuk cuti..... lagipun nak g roud nursery kat2 cni.. nak cari utk Amir.... nak spend full time dengan Amir x mampu.... tapi ibu gunakan gaji yang ibu dapat ni utk dapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak2 ibu..... ibu dan abah doakan agar kalian akan sentiasa berjaya dunia dan akhirat.. insyaallah.. amin...

Monday, November 9, 2009

Rindu kat blog.....

Salam November, Salam Zulhijjah

Rindu kat blog.. tangan ni gatalnya nak update blog.. Tapi penyakit M.A.L.A.S datang menyerang, ditambah dengan amanah dan tanggungjawab yang belum selesai... membuatkan blog ini dibiarkan kesepian...

Walaupun dah 10 Nov, rasanya belum terlewat nak wish "Happy Birthday" 4 my cutiest Haziq... 2nd Year....budak montel yang comel n bz memanjang.. byk je keje yg disetkan dlm kepala... moga Allah sentiasa memudahkan jalan dalam apa jua urusan yang baik....

N, abangnya, Amir... dah mula menunjukkan minat utk blajar (kekadang je lah).. suka melukis, mewarna, menyanyi......mmg serupa ngan Abah... (x per)... yang penting jgn smpai lupa batasan....
Untuk kalian, ibu sanggup korbankan apa saja, jasad ataupun nyawa...

Wednesday, July 1, 2009

VIRUS DEMAM SELSEMA

Assalamualaikum....
Minggu ni..... virus selsema menyerang anak2 n my hubby.... Sian sgt tengok depa....masing2 terlentang atas tilam... nak bangun x larat..... demam.. lenguh-lenguh badan..... selsema.. batuk... sakit kepala.... (berdasarkan pengalaman)....

Badan Amir jadi kurus sgt.. x selera minum susu... x selera makan.... Haziq pun susut.... tp still aktif walaupun x seperti biasa... (nama pun x sihat). Antara ketiga2 yang diberi ujian tu, Haziq lah yg paling haru.... " Ibuu, cakit ..." (smbil angkat kaki).. dalam hati mungkin lenguh2...so, Ateh n Hubby urut kaki + betis..... Pastu " Ibu, panas.." (merengek2)... Rasa kepala n badan dia mmg panas.. so.. lap2 kepala n bdn....... Sian sangat kat dia....

Hubby.. dalam pening2 kepala... demam... still jugak tolong layan anak2, buat susu... TQ Abah..... terima kasih atas pengorbanan mu itu..... Ayang doakan agar Abang dan anak2 cepat sembuh..... sihat seperti biasa... sebab rindu sangat nak main semua....

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa 20 Jun 2009

Selamat Hari Bapa khas untuk Suami tercinta, Kamarull Hisham b Safie, buat ayahanda tercinta, Ismail bin Ali, buat bapa mertua Safie bin Awang Ali dan buat semua ipar duai yang telah bergelar 'Bapa'....... SELAMAT HARI BAPA diucapkan... semoga kalian sentiasa dirahmati Allah SWT....... jasa kalian semua sentiasa dikenang hingga akhir hayat...

AKIBAT BAKHIL

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

(artikel ini di copy/paste dari www.familiazam.com)

Sunday, June 21, 2009

19 Jun 2009


Tarikh 19 Jun 2009.......

Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5 dan hari lahir Amir yang ke-3.. secara kebetulan .. Amir lahir pada tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2.. Alhamdulillah... kenangan yang tak mungkin kami lupakan.

To my Hubby, semoga kita bahagia bersama-sama insan tersayang hingga akhir hayat....kita doakan agar rumahtangga kita sentiasa bahagia.. Aminnn....

Untuk putera sulung kami, Muhammad Amir Asyraff, ibu dan abah mendoakan semoga Amir sentiasa dirahmati Allah SWT dan menjadi anak yang beriman dan sentiasa beramal soleh....

Monday, June 15, 2009

CUTI SEKOLAH DAH ABISS.....

Bebudak sekolah semua dah g sekolah... teruskan perjuangan ... mana2 yang ambil exam yang besar2.. kenalah struggle... tp yang lain pun kena usaha lebih jugak.. sebab next year nak msuk kelas yang terbaik....

Cite psl sekolah.. rasa rindu pada alam persekolahan... especially sek rendah.... main sama2, blaja sama2.... klu dulu mmg jadi satu trend, hari khamis ptg smua stdby tgk rancangan Muzik2... sbb pe.. sok... nak nyanyi ramai2.. pepagi lagi dah kumpul kat meja sambil salin lagu.... masa 2 member yg paling cepat hafal lagu Khairil.... (tp skrg dah lose contact)... siap ada buku lagu lg kitaorg....

Klu nak dikenangkan pengalaman maser tu.... mmg tersnyum lebar... x mcm stdt2 skrg... sek rendah dh pandai melepak kt bndr.. isap rokok... xtvt smuanya x brfaedah.... smuanya yg boleh memudaratkan diri... tapi kita x boleh salahkan mereka sbb mereka membesar dengan teknologi... makin canggih teknologi... makin cepat depa explore... maklumlah.. dunia tanpa sempadan....

Rindu kat anak2 sedara.... semua dah balik rumah masing2.. tinggallah tok n to'ki berdua.... kitaorglah yg jadi pengubat duka... nasib baik dok dekat.. boleh le jenguk2 depa tiap2 ari.... Amir pun dok kat Sepat..... jadi peneman mereka berdua...

Wednesday, June 3, 2009

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah memang dinanti-nantikan oleh anak-anak sedara Ateh..awal2 lagi dah set ngan mak abah nak balik kg Tok n To'ki..nak dok kt Kuantan..ye lah.kat kampung..byk le benda nak buat.. Tambahan Amir yang menjadi 'penghulu' depa semua...yang byk arrangekan program utk anak buah (walaupun sepupu2nya tu lebih besar dari dia)...

Nasib baik maksu dia cuti sem..bolehlah layan anak2 sedara yang semuanya memang cerdik dan bijak..klu harapkan tok n to'ki...pening le depa...mana nak masak..mana nak layan.. mana nak buat kerja rumah..alamat cucu2 pulak yang jaga Tok n To'ki....

Memang 2 minggu cuti sekolah depa stay kat Kuantan...tiap2 hari pujuk Maksu ajak p pantai...n Maksu memang rajin.. melayan semua kerenah anak sedara....dari main sampai le mandi..pakai baju..makan..semua Maksu...(walaupun kadang2 terpacak jugak rambut sbb x sempat uruskan diri sendiri....)

Tapi Ateh seronok.......kalau dengar adik-beradik, sedara-mara n anak2 sedara yang comel dan bijak....nak balik kg....gembira sgt..rindu....n akan menjadi Chef utk depa semua....walaupun anak2 sedara nakal...tp....itulah yang sealu jadi penyinar rumah Tok dan To'ki....

Tuesday, June 2, 2009

Sungai Pandan Waterfall, Kuantan


Assalamualaikum....
Ahad baru2 ni (31 Mei 2009), Ateh n Family + MIL family p air terjun Sg Pandan, Panching.... 1st time p sana walaupun Ateh ni orang Kuantan.... Kami bertolak pukul 2 ptg....sebab tghari mggu lepas byak benar kenduri yg kena pi.... ye lah... jemputan orang... klu x de apa2 masalah..... wajib kita datang....

Yang paling seronok, macam biasalah hero dan heroin..... masing2 dgn lagak sendiri..... 1 jam kat dlm air pun.....maintain lagi.. bibir dah biru, badan terketar2..... tapi... main tetap main....

Seronok tengok anak2 gembira.... releasekan tension diaorg.. yelah.. Isnin sampai Jumaat tak ke mana2... mak ayah bz sgt kerja.....why not once a week bwk anak2 klua.... boleh juga mengeratkan silaturahim sesama family......

Tuesday, May 19, 2009

Taman Negeri Endau-Rompin

Sabtu lepas, Ateh n family p Sek Men Teknik Rompin..... melawat adik ipar yang sekolah kat situ......Dah alang-alang sampai ke Rompin.... Hubby ajak le ke Taman Negeri Endau-Rompin.... bagus jugak idea ni...... Kami pegi 3 buah kereta.....
Jalan punya jalan (dlm keta), kami nmpak simpang.....(ni lah jadi klu p mana-mana x plan dulu).... x jauh pun dr sekolah teknik tu.... klu ikut signboard.. 21 KM...rupa-rupanya 21KM tu smpai kat pintu gerbang.....8 km pulak nak smpai kt tempatnya... Jalan toksah nak citelah.. mcm g Cameron... belok sana-belok sini... pening jugak kepala.... Tapi apa yg penting..... seronok sgt.. air yg sejuk dan mmg bestlah....siap berkelah lagi sebab MIL bawak nasi minyak...... best.....
Bayaran? jgn igt free.... sekarang suma benda nak kena bayar..... so, harganya...dewasa RM5/ budak2 RM2......
x rugi rasanya pergi.. so next time bolehlah p sini lagi....

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu... 10 Mei 2009

Tiada satupun yang dapat menandingi jasa seorang IBU..... tak kiralah apa pun nama yang diberikan..... dia tetap seorang IBU........Moga Allah membalas semua jasa yang telah ditaburkan kepada kami.... Amin Ya Rabbal Alaminnn.........
Lagu ini ditujukan buat ibu, ummi, mama, mak, emak dan yang seangkatan dengannya.....

Halimatus Saadiah

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya
Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta
Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan
Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda
Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah
Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman

Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Wednesday, April 15, 2009

Banana Cake untuk My Lovely Hubby

Kek ini khas untuk Hubby...... ditempah dari kawan seopis..... mmg best ........ tiada kata yg seindah ayang sayang abang ..........I love U forever n ever....

for my hubby thanks for care me, love me..

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.
There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.
You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Hari-hari yang penuh cabaran dalam kehidupan....

Semalam.. genap le my hubby 31 tahun...... 15 April 2009....... maaf bah sbb x buat party...... cuma beli banana chocolate cake dr opismate....... ingatan untuk my beloved hubby.......... SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...... moga kebahagiaan sentiasa bersama kita...... ayang, amir n haziq sentiasa mendoakan kejayaan dan keberkatan untuk abah.... WE LOVE U......

Macam biasalah.. tiap2 kali beli kek... yang tiup nya , amir...... kalau tya da besday sape.. sure .. mesti besday dia.. pastu nyanyi lagu hepi besday to amir.....seronok tgk anak2 membesar.. setiap seorang , gaya dan lagaknya lain-lain.... adik cuma jadi pengikut abang je.. tepuk tgn after abang tiup lilin.......

Monday, February 9, 2009

Family Holiday 1st January 09

Situasi dlm Genting Highland Cable Car..... Seronok tp gayat gile..... memang sepanjang perjalanan mengucap panjang.... kebetulan.. that day.....tiba-tiba je angin kuat.. kabus tebal..... ujan renyai-renyai........
Subhanallah...betapa besarnya mukjizat Allah.... permandangan khazanah alam yang cukup hebat.....

Salam Februari

Assalamualaikum.. walaupun tahu tahun baru telahpun berlalu, rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Tahun Baru Hijrah.... dah lama tak update blog ni... mmg x ter'update' pun... sehari2 keje kat depan pc, naik cemuh dah nak buat keje pakai pc ni..... tengok blog orang lain, bestnye lah.. tp blog sendiri, hampeh.... bukan x de maser, tapi malas.

Ni gambar maser cuti tahun baru.... first time bercuti ngan anak2..... dulu, maser nak bawak yg sulong p bercuti, peknen.. so, tunggu adik besar sket, baru best bawak p jalan2.....
Cuti kat KL je.... niatnya bawak anak2 p Aquaria.. tp hajat x smapai sbb tiket fully booked.. cuti sekolah... so, bawak depa p zoo negara... bawak p jalan2....sambil2 tu p rumah adik-beradik Ateh..... maksudnya bercuti sambil menziarah....

Wednesday, February 4, 2009

Tahun Baru 2009

Salam ukhwah buat semua.. walaupun ni dah msuk feb 09, rasanya x terlalu lewat untuk diucapkan selamat tahun baru..harapan semuanya berjalan lancar dan semua impian tercapai... amiiinnnnnnnn.......tahun baru, ateh ceria dengan azam baru.... gaji baru.. umah baru.... n lain-lain lagilah... semua yang gembira dan menyeronokkan......

Dah lama x update blog ni.. lagipun blog ni saya create pun sekadar nak msukkan kenangan ngan kluarga.. so.. anytime.. bila rasa rindu kat family je.. boleh bukak online je... x yah nak usung album merata2.....

Bulan feb .. azam .. nak kurangkan berat badan....best sket nak raya nnt kan? so, skrg ni kna usaha lebih sket.. makan? tetap makan.. tp x melampau mcm dulu... klu dulu apa yg ada kat depan mata, semua ngap.. la ni.... kira kalori dlu baru berani ngap....

Mesti ada yg terfikir knapa tetiba je nak diet, kan? azam kurangkan berat badan ni sbnarnya dah lama tertanam dlm hati.. tp x de support dari sesaper...pas2 tgk member ofis yang bersemangat turunkan berat....dah kurus... rasa dengkilah pulak... why not kan.....dlu slalu klua ngan depa.. smua main bedal je... ni... mkn pun kna kontrol lah... so, bukan x mkn langsung.. tp makan herbalife bg support perut ni......

Dengki? orang kata x baik ada 'phd' ni... tapi bagi saya.. phd yang tidak mendatangkan beban dan mudarat kpd org lain.... dan mendtgkan manfaat kpd kita, x salahkan? bukan kita p aniaya kat dia ke.. ambil duit dia ke.. cuma kita jadikan perngsg......

Harap2nya saya mmpu capai impian ni.... at least, dapat sihatkan badan....... tp ini bukan azam.... ini impian.........

oklah...ada keje lg ni..... c u yaaaa..........