mE, MyselF n' I

mE, MyselF n' I
"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa 20 Jun 2009

Selamat Hari Bapa khas untuk Suami tercinta, Kamarull Hisham b Safie, buat ayahanda tercinta, Ismail bin Ali, buat bapa mertua Safie bin Awang Ali dan buat semua ipar duai yang telah bergelar 'Bapa'....... SELAMAT HARI BAPA diucapkan... semoga kalian sentiasa dirahmati Allah SWT....... jasa kalian semua sentiasa dikenang hingga akhir hayat...

AKIBAT BAKHIL

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

(artikel ini di copy/paste dari www.familiazam.com)

Sunday, June 21, 2009

19 Jun 2009


Tarikh 19 Jun 2009.......

Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5 dan hari lahir Amir yang ke-3.. secara kebetulan .. Amir lahir pada tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2.. Alhamdulillah... kenangan yang tak mungkin kami lupakan.

To my Hubby, semoga kita bahagia bersama-sama insan tersayang hingga akhir hayat....kita doakan agar rumahtangga kita sentiasa bahagia.. Aminnn....

Untuk putera sulung kami, Muhammad Amir Asyraff, ibu dan abah mendoakan semoga Amir sentiasa dirahmati Allah SWT dan menjadi anak yang beriman dan sentiasa beramal soleh....

Monday, June 15, 2009

CUTI SEKOLAH DAH ABISS.....

Bebudak sekolah semua dah g sekolah... teruskan perjuangan ... mana2 yang ambil exam yang besar2.. kenalah struggle... tp yang lain pun kena usaha lebih jugak.. sebab next year nak msuk kelas yang terbaik....

Cite psl sekolah.. rasa rindu pada alam persekolahan... especially sek rendah.... main sama2, blaja sama2.... klu dulu mmg jadi satu trend, hari khamis ptg smua stdby tgk rancangan Muzik2... sbb pe.. sok... nak nyanyi ramai2.. pepagi lagi dah kumpul kat meja sambil salin lagu.... masa 2 member yg paling cepat hafal lagu Khairil.... (tp skrg dah lose contact)... siap ada buku lagu lg kitaorg....

Klu nak dikenangkan pengalaman maser tu.... mmg tersnyum lebar... x mcm stdt2 skrg... sek rendah dh pandai melepak kt bndr.. isap rokok... xtvt smuanya x brfaedah.... smuanya yg boleh memudaratkan diri... tapi kita x boleh salahkan mereka sbb mereka membesar dengan teknologi... makin canggih teknologi... makin cepat depa explore... maklumlah.. dunia tanpa sempadan....

Rindu kat anak2 sedara.... semua dah balik rumah masing2.. tinggallah tok n to'ki berdua.... kitaorglah yg jadi pengubat duka... nasib baik dok dekat.. boleh le jenguk2 depa tiap2 ari.... Amir pun dok kat Sepat..... jadi peneman mereka berdua...

Wednesday, June 3, 2009

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah memang dinanti-nantikan oleh anak-anak sedara Ateh..awal2 lagi dah set ngan mak abah nak balik kg Tok n To'ki..nak dok kt Kuantan..ye lah.kat kampung..byk le benda nak buat.. Tambahan Amir yang menjadi 'penghulu' depa semua...yang byk arrangekan program utk anak buah (walaupun sepupu2nya tu lebih besar dari dia)...

Nasib baik maksu dia cuti sem..bolehlah layan anak2 sedara yang semuanya memang cerdik dan bijak..klu harapkan tok n to'ki...pening le depa...mana nak masak..mana nak layan.. mana nak buat kerja rumah..alamat cucu2 pulak yang jaga Tok n To'ki....

Memang 2 minggu cuti sekolah depa stay kat Kuantan...tiap2 hari pujuk Maksu ajak p pantai...n Maksu memang rajin.. melayan semua kerenah anak sedara....dari main sampai le mandi..pakai baju..makan..semua Maksu...(walaupun kadang2 terpacak jugak rambut sbb x sempat uruskan diri sendiri....)

Tapi Ateh seronok.......kalau dengar adik-beradik, sedara-mara n anak2 sedara yang comel dan bijak....nak balik kg....gembira sgt..rindu....n akan menjadi Chef utk depa semua....walaupun anak2 sedara nakal...tp....itulah yang sealu jadi penyinar rumah Tok dan To'ki....

Tuesday, June 2, 2009

Sungai Pandan Waterfall, Kuantan


Assalamualaikum....
Ahad baru2 ni (31 Mei 2009), Ateh n Family + MIL family p air terjun Sg Pandan, Panching.... 1st time p sana walaupun Ateh ni orang Kuantan.... Kami bertolak pukul 2 ptg....sebab tghari mggu lepas byak benar kenduri yg kena pi.... ye lah... jemputan orang... klu x de apa2 masalah..... wajib kita datang....

Yang paling seronok, macam biasalah hero dan heroin..... masing2 dgn lagak sendiri..... 1 jam kat dlm air pun.....maintain lagi.. bibir dah biru, badan terketar2..... tapi... main tetap main....

Seronok tengok anak2 gembira.... releasekan tension diaorg.. yelah.. Isnin sampai Jumaat tak ke mana2... mak ayah bz sgt kerja.....why not once a week bwk anak2 klua.... boleh juga mengeratkan silaturahim sesama family......